FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk pengetahuan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia ,bertangggungjawab ,berketrampilan dan keupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga ,masyarakat dan negara.
MATLAMAT PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN
Pendidikan Islam sebagai yang diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta`dib irsyad dan tadris adalah satu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan potensi individumuslim sebagai hama Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepdu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani ,aqliah ,emosi ,aqidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran islam .Matlmat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah melahirkan muslim yang beriman ,berakhlak mulia ,berilmu pengetahuan ,beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga ,masyarakat ,negara dan ummah.
FALSAFAH PENDIDKAN MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI
Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk di didik menjadi seorang insan yang berilmu ,bersopan ,beramal soleh yang mempunyai kelengkapan mengabdikan diri kepada Allah dalam pembangunan umat dan negara.
Bahawasanya kami para guru di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan iktisas untuk memberi pendidikan sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan serta meningkatkan keupayaan pelajar dalam semua aspek.
Bahawasanya kami para guru di sekolah ini berpendapat komitmen di antara guru dan ibu bapa merupakan resepi utama bagi mencapai visi dan misi sekolah.
Bahawasanya kami guru di sekolah ini menitik berat kecemerlangan sahsiah sebagai penentu kecemerlangan akademik pelajar
Bahawasanya kami para guru beriltizam akan melahirkan anak didik yang berinovasi ,kreatif ,berdaya saing dan mampu berada dalam arus globalisasi.